Friday, February 5, 2010
Layakkah Aku??
"Ana nak kongsi sikit cerita ni dgn nta, itu pun kalu nta berminat," kata Cikgu Rudy kat aku. "Apa dia cikgu? Nak suruh ana ajar tuisyen utk anak2 murid Cikgu ke?". Cikgu Rudy mengambil sebuah buku di bakul motor dia,"Bukan syekh, ana nk bagi nta baca buku ni, bagus utk nta yg belom berkahwin." Terkejut aku dengar,"aik, cikgu ni mcm nk tambah sorg lg je," gurau aku. "Tak la, ana nk nta baca buku ni, ana kagum dgn mereka ni sblm mereka mendirikan rumah tangga."
"Apa yg cikgu kagumkan?" tanya aku, pada hal bagiku Cikgu Rudy ni watak dia cukup baik dengan shbt2, bila berbicara dgn shbt2 cukup lembut dan sopan ayat yg digunakan sehinggakn bila dia call isteri dia, aku terdengar dia berbual dgn isterinya mcm pengantin baru, padahal dah nk masuk empat org anak. "Pertama sekali, semasa mereka bertunang ni tak pernah ber sms. Apetah lagi sebelum nk bertunang, yg laki ni tgk muka muslimat ni pun tak pernah." Dalam hatiku berkata, 'iye ke laki ni tak pernah tgk muka bakal zaujah dia'. Aku pun membelek-belek buku tu yg bertajuk 'Pemilik Cintaku'. "Nta baca dulu, nanti dah habis pulang kat ana ek." "Eh,ingtkan cikgu nk bagi hadiah kat ana," gurau aku. "Nta beli la sendiri, ana nk wat koleksi di mini library umah ana," balas cikgu Rudy sambil tersenyum.
Setiba di rumah jam 12.30 mlm, ketika aku membuka sehelai demi sehelai buku tu, "Subhanallah, ada ek muslimin dan muslimat seperti ini? Memang benarlah firman Allah, 'Laki2 baik adalah utk wanita2 yg baik'...." Aku membaca dgn penuh khusyuk sehingga tak sedar jam dah menunjukkan hampir 2pagi. Dalam hatiku berbisik, 'aku ni dah la tak suka membaca, tp kalu dah sekali membaca memg lupa diri'.. Aku berbisik dalam hati kecilku, 'Layakkah aku menjadi seperti mereka ini? Pada hal diri aku ni selalu digelarkan sbg Pendokong Islam..Layakkah aku???.....
Ape yg menarik tentang muslimin ini?
Ape yang menarik tentang muslimat ini?
Dan ape menyebabkan sahabat kita ni merasakan dirinya tidak layak...
Tunggu sambungannya....................................
Thursday, January 7, 2010
Demonstrasi ke kedutaan MESIR....
| ||||
Tuesday, January 5, 2010
Anjing Serang Orang Melaungkan Takbir
> Rabu, Januari 06, 2010
Di Malaysia sedang sibuk membicarakan penggunaan nama Allah dengan masing-masing pihak mengemukakan hujah serta pendapat.
Bagaimanapun di Israel hak bersuara disekat. Jika anda berteriak atau berdemontrasi menyebut kalimah `Allahu akbar' anda boleh diserang anjing penyerang tentera Israel.
Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Israel, Ahmed Tibi.
Menurut laporan tentera Israel didakwa melatih anjing untuk menyerang orang yang berteriak kalimah "Allahu Akbar."
Informasi ini pertama kali disiar radio tentera Israel oleh korespondennya, Carmela Menashe.
Kecurigaan itu dikuatkan lagi laporan Ahmed Tibi, warga Arab berkata dalam sidang Parlimen bahawa kalangan orang tua dalam tentara Israel menyaksikan sendiri bagaimana anjing tentera itu dilatih untuk menyerang orang yang meneriak kalimah "Allahu Akbar".
Ia ditunjuk dalam satu demontrasi unit anjing penyerang tentera Israel.
"Anjing tentera Israel dilatih untuk menyerang dan menerkam orang-orang Arab yang meneriak kalimah "Allahu Akbar," kata Tibi di hadapan anggota parlimen.
Walaupun radio tentera Israel sendiri yang pertama kali melaporkan informasi tersebut, namun pihak tentera Israel menafikannya.
"Salah satu dari kemampuan yang dimiliki unit anjing kami adalah melatih anjing itu untuk mengenal musuh yang mengenakan seragam atau yang berpakaian awam," demikian kenyataan IDF.
Monday, January 4, 2010
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.
"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.
"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.
Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.
Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.
Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.
Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.
Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.
"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.