Friday, December 25, 2009

Alam Kematian.....


Setelah selesai menunaikan solat jumaat, ana dikejutkan dengan mesej yang mendukacitakan. Apabila mendapat tahu ayah sahabat ana telah kembali ke Rahmat Allah. Itulah realiti kehidupan, dimana akhirnya kita akan menuju ke satu tujuan iaitu bertemu dengan penciptan NYA. Setelah mendapat maklumat tersebut dengan segera ana terus ke sana dengan tidak tahu alamat rumah secara lengkap. Ana mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk bersama menuju ke Kuala Selangor. Apabila tiba di sana, kami tunggu di masjid Kuala Selangor. Kadang-kadang bila fikirkan balik, "Nape lah aku main redah je pergi, pada hal dah le tak tau kampung sahabat ana tu". Bila difikirkan balik, inilah kesan tarbiyah apabila sahabat2 di landa masalah spt kematian, kita akan usaha akan pergi jugak walaupun tempat yang dituju itu tidak diketahui. Semoga roh arwah ayahanda Anwar Nordin yang tercinta berada dengan golongan para solihin.

Thursday, December 24, 2009

Alam Pekerjaan....


Pejam celik, tak sangka cepat masa berlalu ana telah meninggalkan alam pembelajaran di universiti. Kini masa untuk mencari kerja dalam meneruskan perjuangan hidup ini. Banyak kompeni-kompeni besar telah memanggil ana untuk di interview. Alhamdulillah jurusan yang ana ambil ini memang terhangat di pasaran pekerjaan. Tetapi banyak bidang yang ana perolehi lebih kepada sistem konvensional. Sebagai bekas pelajar perbankan Islam, agak kurang selesa jika ana mengambil pekerjaan dalam sistem konvensional. Jika ana mendapat jawatan dalam produk perbankan Islam, Alhmdllh.. Sekurang-kurangnya kita dapat mengembangkan apa yg kita pelajari walaupun sistem bank ini masih banyak di kawal oleh sistem konvensional.

Baru-baru ini ana menghadiri interview di sebuah syarikat ternama. Apabila ana telah lulus menjawab "Test IQ" , ana di bawa ke tempat interview. Ketika sedang menunggu di bahagian cafe, ana melihat suasana yang agak kurang menyenangkan. Staf-staf di level itu membuat 'Party' dengan minuman keras. Rasa agak kurang selesa apabila ana melihat keadaan begitu. Jika inilah suasana di dalam ofis ini, ana sanggup berhenti kerja. Maklum la,jiwa ini tidak sesuai menerima suasana demikian. Apabila ana mendapat borang penjanjian dan syarat-syarat, ana melihat waktu tugas ana bekerja iaitu dari jam 2PM hingga 12AM. Dalam hati ana, bila masa nya kita mahu pergi usrah dan program2 waktu malam. Dalam hati ana, mungkin ini bukan tempat aku.

Ana mula berfikir, adakah ana mampu menghadapi semua ini bila mana kita di uji dengan pangkat, jawatan, harta dan wanita. Kadang-kadang, diri ini perlukan muhasabah yang lebih mendalam dalam menghadapi realiti kehidupan ini.

Sunday, December 20, 2009


Alhamdulillah kali ini KRIS 2009 yang berlangsung pada 18 sehingga 20 Disember 2009 di Kem Nur Laman Bestari Ulu Yam. Ana mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat-sahabat Medik 3rd year dalam menjayakan program ini. Segala jasa baik antum hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semoga segala usaha dakwah kita yg kecil ini mampu mencapai satu tujuan Nya iaitu Mardotillah.

Peserta KRIS 2009 kali ini banyak meminta kami dan pihak masjid untuk meneruskan kem ini. Konsep kem kali ini kami membuat secara santai dan ber ilmiah di samping memberi kesedaran kepada peserta tentang cabaran-cabaran remaja di zaman kini. InsyAllah nantikan ana dan skuad Fasi Medik untuk kem-kem seterusnya dalam menuju ke medan dakwah kepada masyarakat.

Wednesday, December 16, 2009


Kem Remaja Islam 2009
Tarikh : 18,19,20 Disember 2009
Tempat : Nur Laman Bestari
Yuran : RM 50 sahaja
Anjuran : Masjid Attaqwa Selayang Baru

Kem Remaja Islam 2009 datang kembali. Sebelum ini pada tahun lepas Kem Remaja Islam 2008 telah berjaya di langsungkan di Surau Kg Selayang Indah dengan sambutan perserta yang agak memberangsangkan. Kali ini ana cuba mengadakan sekali lagi KRIS 2009 bersama anjuran masjid Attaqwa Selayang Baru. Kali ini tempatnya berlangsung di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Semoga dakwah yang ana cuba bawakan bersama-sama sahabat2 memperolehi Redha-Nya.

Tuesday, December 15, 2009

Saturday, December 12, 2009

Satu Tujuan MenujuNya....

Tragedi pengantin baru

Oleh Rashidi Karim


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.



Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.



MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.


ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.


p/s : Semoga Teh tabah menghadapi ujian yang dihadapinya. Ajal maut tidak mengenal usia. Apabila sudah sampai masanya, kita akan dipanggil Ilahi. Itulah lumrah dalam kehidupan dalam menuju Satu Tujuan.

Dalam menuju kejayaan dengan memperolehi keputusan peperikasaan yang cemerlang dan kerjaya yang hebat tetapi tujuan hidup kita tetap satu. Satu tujuan menuju Redha Nya dan akhir hidup kita kembali kepadaNya.